Saturday 8 June 2013

Masa Lapang

Assalamualaikum....

Dah lama sangat rasanya aku tak update blog aku. Dekat dua bulan jugak. Macam-macam berlaku dalam dua bulan tu. Aku nak cerita tapi nanti aku rasa sedih. Jadi aku cerita la aktiviti yang aku buat lepas dua bulan tu.

Untuk pengetahuan kau orang semua, sekarang ini aku dah jadi pekebun yang berjaya. YEA. Hahahaha. (Kau ingat lawak je Wardah). Mak aku yang rimas agak nya tengok aku dekat rumah tak buat apa-apa telah membeli benih-benih sayuran untuk aku tanam. Aku telah menanam benih peria, kacang bendi dan tembikai. Eh tembikai tu je buah ok.




See. Tembikai sekalian, kalian cepat besar ya. Biar aku cepat dapat makan kau orang. Hahaha.


Tunas-tunas peria ni comelss sangat. 



Kacang bendi ku. Aku tanam 12 pokok. Semua tumbuh. Tapi ayam makan pulak. Waaa benci la camni. Siap kau raya nanti. Kita jumpa dalam kuali.

Walaupun baru tumbuh tunas ja tapi aku excited sangat. Tak tau kenapa. Lepas ni boleh la aku jual sayur-sayur ni untuk menambah pendapatan. Mesti ramai yang beli sebab aweks cumel yang tanam. Hahahaha. ( Kau ni dah kenapa berangan pulak ). Ok tu ja. Bye.

No comments:

Post a Comment