Sunday 24 March 2013

Sihat

Assalamualaikum....

Rasa tajuk tak padan dengan apa yang aku nak tulis ni. Hahahaha. Lantak la. 

Minggu lepas ayah kesayangan ku telah di masukkan ke IJN. Sebab nya ayah terkena heart attack yang sangat teruk. Lebih menakutkan lagi ada dua injap yang tersumbat. Seminggu aku menangis dan merayu-rayu pada Allah agar segala nya dipermudahkan dan ayah sembuh macam biasa lagi. 

Atas segala doa dan semangat yang diberikan oleh saudara mara dan kawan, akhirnya ayah dah beransur pulih. Sekarang ayah ada kat rumah. Aku tengok emak sabar menjaga ayah. Walaupun sebenarnya dia tidak begitu sihat. Namun dia tetap berusaha membuat apa sahaja untuk memastikan ayah sembuh dan SIHAT macam biasa.

Kawan-kawan yang lain sibuk bekerja sementara tunggu result STPM. Tapi aku tak kerja pun. Emak kata kakak tak payah cari kerja la. Jaga ayah kat rumah sampai SIHAT ja. Aku tak kisah pun. Tak apa la tak kerja pun. Jaga ayah pun dapat upah nya. Upahnya di catat oleh malaikat yang sentiasa berada di bahu kanan aku yang mencatit segala kebaikkan.  

Kepada kawan-kawan yang tahu, doakan la ayah kita sembuh dan SIHAT taw. Kita tak sampai hati tengok ayah kita sakit camtu. Kita jugak tak sampai hati tengok muka emak yang asik risau ja. Doakan ya kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment