Wednesday, 16 January 2013

Sarapan

Assalamualaikum...

Rehat punya pasal Wardah kebosanan kat rumah. Aktiviti harian bukak laptop cari resepi and cuba resepi tu. Dalam seminggu hari-hari Wardah try resepi baru. Hehehe. Proses beso kan badan lagi la jawabnya. Tah nape harini Wardah bangun awal pulak. Selalu nya bangun bukan main lambat. Bila dah bangun awal Wardah teringin pulak try resepi yang Wardah jumpa minggu lepas. Resepi ni memang sesuai untuk di buat makan masa sarapan. Resepi kali ni ialah ROTI ARAB. Wardah try buat cam tak jadi je doh nye. Hentam je la bukan nye nak kasi orang lain makan. Family je yang makan. Tapi bila dah di masak, wah!!! tak sangka jadi. Seronok tengok roti nye menggelembung masa di goreng. Alang-alang dah jadi Wardah bagi la kat embah. Hehe saja menunjuk. Ni Roti Arab versi Wardah.


Tengok-tengok, nampak sedap kan.


Bila di belah dua jadi macam ni la. Ada rongga kat dalam.


Roti ni sedap di makan dengan kari atau sardin. Tapi Wardah malas nak masak, so makan camtu je. Tapi taste dia memang sedap. Korang semua boleh la try buat. Tak susah pun. 




No comments:

Post a Comment